Wednesday, September 15, 2010

Cinta Menurut Perspektif Aku

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan semangat ~Hamka

Salah satu petikan yang aku suka adalah seperti di atas ini. Ayat yang mudah dan ringkas tetapi cukup bermakna apabila difikir dan difahami. Cinta itu terlalu luas pengertiannya. Terlalu universal untuk didefinisikan. Terlalu subjektif juga untuk ditakrifkan. Tetapi yang pasti cinta itu sangat berkuasa. Kenapa aku katakan begitu? Kerana cinta itu boleh membunuh. Tidak kisah bagaimana situasi pun, cinta itu mampu membunuh. Membunuh kewarasan fikiran, kerasionalan diri dan juga keimanan. Tetapi andai cinta itu mampu ditangani dengan baik, Insya-ALLAH cinta yang lahir itu adalah cinta yang suci dan ikhlas. Cinta yang paling agung dan hakiki pasti saja adalah cinta ALLAH SWT. Sebagai seorang hambaNya, kita harus takut andai kita tidak dapat memiliki cintaNya. Bukan bersedih dan menangisi cinta sesama manusia yang telah hilang dan pudar. Aku menulis menurut pendapat dan buah fikiranku tetapi aku juga manusia biasa, yang tidak lepas daripada berasa kesal dan sedih disebabkan cinta. Tetapi aku juga berharap semoga aku dan kita semua tahu definisi sebenar sebuah cinta. Barulah kita sedar apa yang tersirat di sebalik rasa cinta itu. Kita tidak bersalah untuk mencintai kerana itu merupakan lumrah kehidupan. Mencintai dan dicintai adalah perkara biasa yang terjadi dalam kehidupan kita. Cinta itu indah tetapi kekadang cinta itu juga menyeksakan.

Cinta tidak pernah memaksa kita menjadi lemah tetapi diri kita sendiri yang memilih untuk menjadi lemah. Cinta tidak pernah menyuruh kita untuk menghinakan diri tetapi diri kita sendiri kelihatan hina apabila cinta itu menguasai diri.

Aku bukan ahli yang arif dalam hal cinta tetapi aku merupakan seorang manusia biasa dan hambaNya yang punya rasa cinta…

No comments:

Post a Comment