Monday, December 27, 2010

Anugerah

Teruk mana pun
Sial mana pun
Kehidupan ini adalah anugerah
Hanya syukur yang ku ucap

Saat ini

Emak : Banyak sangat tisu ni. Bawaklah balik sana.
Anak : Ok (sambil memasukkan tisu dalam beg)

Terima kasih mak. Rupanya tisu itu memang banyak kegunaannya. Saat ini aku menangis. Aku rindukan ibuku. Aku rasa berdosa dengan ibuku. Aku rasa bersalah sangat padanya. Aku ambil tisu pemberian ibuku. Aku kesat air mata ini.

Mak, aku ingin pulang ke pangkuanmu. Aku ingin peluk dirimu seerat-eratnya. Aku ingin mohon ampun daripada ibuku. Mak..........

Tempatku bukan di sini


Bagaikan terjejak di bumi asing
Segalanya tuli
Segalanya sepi
Bagaikan cuma aku di sini

Umpama tersekat nafas ini
Tatkala melihat tanah ini
Ini bukan tanahku
Tempatku bukan di sini

Bagai mahu jatuh jantung ini
Seperti mahu putus nadi ini
Rasa tidak mampu lagi
Untuk berada di sini

Ibu, aku rindu kamu
Tolong anakmu ini
Aku butuh kamu
Ibu, ampuni dosa aku


Wednesday, December 22, 2010

Manusia itu kekadang gila


Andai saja hati ini mampu berkata-kata
Sudah lama ia memuntahkan segala
Semua apa yang membelenggu
Tapi tidak mungkin
Sekali lagi aku cuma pendam

Mungkin itu satu kebahagiaan
Mana kau tahu
Manusia itu semuanya tidak sama
Meski sama pun
Setitik pasti ada lainnya

Kekadang manusia itu gila
Mampu bertindak di luar akal
Sudah ramai yang begitu
Tapi aku tidak mahu terlanjur
Meski aku juga seorang manusia

Bait-bait kata malam ini terabur sungguh
Tetiba saja hilang punca
Meski sudah di pertengahan jalan
Tapi ikut suka hati aku
Andai aku mahu terus jalan atau tidak

Perempuan, jika kau bahagia begini
Apa kata kau teruskan
Mana tahu kau akan tetap juga bahagia
Kebahagiaan dengan caramu sendiri
Kau memang sudah gila



Monday, November 29, 2010

Malam yang panjang



Tidak aku naik muak
Telah aku dengar berulang kali
Biar saja aku dengar sampai muntah
Sampai mata aku bisa tertutup sendirinya

Ada apa dengan malam ini
Sepertinya hanya aku yang bersendiri
Malam ini tidak terlalu dingin
Tetapi terasa ingin didakap

Oh, aku ini sudah kenapa
Gila agaknya

Mengapa malam ini begitu panjang
Resah aku di kamar gelita ini
Terasa ingin berlari
Ingin lepas dari semuanya

Bilakah mata ini mahu tertutup
Agar aku bisa merasa tenang itu
Dan bila aku terjaga esok
Hanya ada siang hari yang damai

Ya, aku berharap begitulah
Tuhan, semoga ada esok lagi untuk aku




Thursday, November 18, 2010

Hilang dalam terang

Tetiba hilang dalam terang.
Aku hilang arah, hilang punca.
Dunia terasa sepi.
Bagaikan cuma ada aku di sini.
Tuhan, suluh aku dengan cahayaMU.

Saturday, November 6, 2010

Kedinginan Ini Melemaskan


Kedinginan itu mencengkam kuat tubuh lesuku
Terbuai-buai rerambut yang beralun
Terdengar-dengar titik-titik hujan di luar
Aku lemas begini
Hanya terperosok di sudut sepi ini
Dikelilingi dinding bisu
Juga insan yang hanyut dengan dunia sendiri
Aku lelah begini