Monday, December 27, 2010

Tempatku bukan di sini


Bagaikan terjejak di bumi asing
Segalanya tuli
Segalanya sepi
Bagaikan cuma aku di sini

Umpama tersekat nafas ini
Tatkala melihat tanah ini
Ini bukan tanahku
Tempatku bukan di sini

Bagai mahu jatuh jantung ini
Seperti mahu putus nadi ini
Rasa tidak mampu lagi
Untuk berada di sini

Ibu, aku rindu kamu
Tolong anakmu ini
Aku butuh kamu
Ibu, ampuni dosa aku


No comments:

Post a Comment